22 June 2020

HADIAH KERETA AUDI UNTUK RISTEENA - ISA KHAN DEDAH SIMPAN DUIT SELAMA 6 BULAN



"Saya menyimpan wang selama enam bulan selepas mengusahakan bisnes Lovit, sebelum boleh beli kereta itu. Ia sebenarnya satu bentuk penghargaan buat Risteena pada sambutan ulang tahun perkenalan kami yang pertama," demikianlah kata pelakon Isa Khan.



Isa mendedahkan bahawa dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyimpan wang sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Audi sebagai hadiah ulang tahun perkenalan buat tunangnya, Risteena Munim. Menurut Isa, 27, wang simpanan itu merupakan hasil penat lelahnya selama ini yang mengusahakan perniagaan produk makanan tambahan miliknya.

Menurut Isa, dia memilih kenderaan tersebut sebagai hadiah kerana Risteena pernah menyatakan minatnya terhadap kereta berkenaan sebelum ini: "Sebelum ini, kami memang ada berborak mengenai kereta Audi. Sebenarnya kami sama-sama minat dengan kereta tersebut. Jadi, sebab itulah saya membelinya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Isa dilaporkan memberi hadiah kereta jenis Audi kepada Risteena sempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama. Perkara itu dikongsikan sendiri Isa menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, Isa mengakui perniagaan yang diusahakan bersama Risteena itu juga semakin berkembang maju apabila mula menembusi pasaran negara jiran: "Syukur apa yang kami usahakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

"Kami berharap agar perniagaan ini dapat terus berkembang termasuklah di pasaran luar negara," kata bekas bintang Akademi Fantasia 2016 itu yang mengikat tali pertunangan dengan Risteena pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: