20 June 2020

BUKAN MUDAH MELUPAKAN - 5 TAHUN FATHIA LATIFF 'PADAM MEMORI' BERSAMA AIMAN HAKIM


"5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on. Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

"Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam," kata Fathia Latiff yang Kembali berhijab sebelum Ramadan lalu.





Fathia Latiff berkata demikian mengenai fasa sukarnya bagi memadamkan memori indah untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza. Masa 5 tahun terpaksa diambilnya untuk move on daripada episod cintanya itu, meskipun pedih namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

Aiman yang kini sudah pun berumah tangga dengan Zahirah Macwilson tetap dititipkannya doa walaupun cinta yang dipupuk olehnya hanya bertahan dua tahun sebelum berpisah pada 2015.

"Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: