19 June 2020

PEMUDA DATANG TEMUDUGA MESKIPUN CEDERA KEMALANGAN - ERMA FATIMA TERIMA, TUNGGU SAMPAI SEMBUH


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pengarah dan pelakon Erma Fatima telah memuji kecekalan dan semangat yang ditunjukkan oleh seorang pemuda yang sanggup menghadiri temuduga kerja di syarikatnya meskipun sedang menahan sakit akibat kemalangan jalan raya.





Cerita Erma, pemuda berkenaan yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan langgar lari tetap hadir ke pejabatnya dan memohon untuk meneruskan sesi temuduga tersebut: "Perjalanan dia ke pejabat aku untuk temuduga dan terbabit kemalangan. Yang melanggarnya lari... sebak aku kerana dia masih datang temuduga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan aku.

"Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat cekal dik! Susah nak dapat orang secekal kau, dalam keadaan begitu kau masih usaha juga untuk hadir temuduga," katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Klik untuk gambar besar


Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik video kemalangan yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang menjadi saksi kejadian Sementara itu, pelakon drama 'Mak Cun' ini memaklumkan pemuda itu mengalami patah tulang rusuk dan memerlukan masa untuk sembuh.

Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, Erma memberitahu dia bersetuju menerima calon tersebut sebagai pekerja dan sanggup menunggu pemuda itu sehingga benar-benar sembuh daripada kecederaan: "Aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin satu bulan lagi baru dia akan pulih. Dia suruh bagi saja jawatan tu pada orang lain katanya.

"Akak akan tunggu... kau lulus temuduga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalah dedikasinya kau dalam mencari rezeki. Akak doakan kau cepat sembuh dan jawatan untuk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu!," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: