30 June 2020

NETIZEN DOA SEMOGA ISTIQAMAH - CIK MANGGIS KINI SUDAH BERTUDUNG?


Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, anggota kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis telah mencuri tumpuan apabila mengenakan tudung. Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.





"Kalau nyanyi lagu kak Ziana Zain, mesti automatik ternaik kening. Korang dah try filter IG Story Manggis? Komen sikit! Shawl oleh @sopansantunhq. Baru keluar plastik, tak gosok, tak kedut, I like," tulis Manggis sebagai kapsyen.

Menerusi video tersebut, Manggis manis mengenakan selendang berwarna krim yang dililit kemas. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya memuji penampilan terbaru penyanyi rap itu: "Masya-Allah sister Manggis, cantik sangat dengan hijab," tulis pengacara Fara Fauzana. - "Cantiknya!" puji penyanyi Siti Sarah.

Klik untuk gambar besar


"Awak nampak 10 tahun lebih muda bila pakai hijab," kata seorang wargamaya. - "Uish cantiknya pakai tudung, semoga istiqamah," ujar seorang wargamaya. - "Cantik dan manis sangat dipandang," komen seorang wargamaya lagi.

Manggis yang cuba dihubungi untuk tujuan pengesahan itu belum berhasil mendapatkan jawapan daripadanya. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 150,000 tontonan dan 400 komen daripada pengikutnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Cik Manggis


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: