21 June 2020

DAPAT BERLAKON SEMULA - NORLIA GHANI RASA TERUJA SELEPAS LAMA MENGANGGUR


"Alhamdulillah, sudah lama saya tunggu detik untuk kembali berlakon dan kini sudah jadi kenyataan. Perasaan teruja saya sukar digambarkan. Paling bermakna apabila saya dapat bekerja untuk cari rezeki sendiri.

"Ketika PKP, saya jadi hilang punca kerana bergantung sepenuh masa kepada lakonan dan tiada pendapatan lain seperti berniaga atas talian," demikian luahan Norlia Ghani, 71, yang rasa gembira kerana dapat berlakon semula selepas tiga bulan 'menganggur' akibat PKP.





Untuk info, Norlia kini sudah mula menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Keluarga Pasar arahan Azmi Hatta. Dia melakonkan watak Nek Kasih, manakala pelakon lain yang terbabit antaranya ialah Watie Elite, Azri Iskandar dan Amyza Adnan.

"Saya hargai apa yang diberikan, tapi kita semua tahu duit juga penting untuk pelbagai kegunaan antaranya untuk membayar bil. Mujur sewa rumah ada penangguhan. Saya sentiasa berdoa supaya dibenarkan keluar bekerja kerana sudah biasa bekerja.

"Apa yang berlaku memang perit dan bukan saya seorang sahaja yang melaluinya. Diharapkan wabak seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang," ujarnya dipetik sebagai berkata yang sebelum ini pernah menerima bantuan dari Baitulmal dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM800.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: