20 June 2020

PUJI PEMINAT WANITA KETIKA IG LIVE CANTIK - RAMAI CAIR DENGAN REMY ISHAK


Pelakon Remy Ishak pada Kahmis lalu telah membuat siaran langsung melalui Instagram (IG Live) bersama beberapa orang peminat yang memenangi pertandingan produk Origina. Namun apa yang menarik perhatian, Remy telah memuji kecantikan seorang peminat ketika IG Live.





Menerusi perkongsian video yang menggunakan akaun bernama @hotcaramelatte, Remy tidak henti memuji senyuman dan wajah peminat wanitanya itu. Dek kerana itu, nama pelakon drama 'Bukan Gadis Biasa' ini menjadi trending di laman Twitter.

"Lighting (pencahayaan) itu membuatkan muka awak nampak cantik, ke awak memang cantik? Manis senyuman awak. Senyuman awak memang cantik. Cakap dekat abah dan mak awak, saya hargai keindahan, awak senyum cantik, muka cantik, syukur Alhamdulillah ibu dan ayah memiliki anak yang cantik," kata Remy.

Klik untuk gambar besar


Video tersebut kini mendapat lebih 284,000 tontonan, lebih 13,000 retweet dan 24,000 tanda suka. Rata-rata netizen turut teruja melihat video tersebut dan memuji cara Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 38, melayan peminat wanitanya.

Malah ada segelintir netizen menganggap kisah peminat wanita itu boleh dijadikan novel berjudul Suamiku Remy Ishak yang mengisahkan tentang pertemuan mereka: "Remy Ishak adalah lelaki idaman la. Tengok senyuman manis dia, jambang yang kemas, his curly hair, mata yang bersinar, kulit gelap yang bersih menyebabkan saya jatuh hati.

"Sis, awak punya cerita dah boleh buat novel ini. Seorang wanita cantik bertemu dengan pelakon terkenal secara talian dan mereka akhirnya jatuh cinta. Sudah tentu ada banyak rintangan. Tajuk novel? Suamiku Remy Ishak. - "Remy Ishak dah lama kacak, cute, macho dan semuanya la. Tapi semalam dia memang bertambah-tambah cute dan kacak," komen beberapa netizen.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: