11 June 2020

DARI YOUTUBE KE FILEM PERTAMA - SYAHMI SAZLI ARAH 'MAEL TOTEY': "DOAKAN MI YE"


Sebut sahaja nama Syahmi Sazli, pasti ramai yang mengenali Youtuber terkenal itu. Menerusi laman sosial Twitter, Syahmi akan mengeluarkan filem pertama arahannya yang berjudul 'Mael Totey' dengan memuatnaik poster filem terbabit untuk tatapan umum dengan kapsyen: "Doakan Mi ye".





Difahamkan filem ini akan mengangkat watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube. Menerusi perkongsian poster itu juga, antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Walaupun belum mengumumkan tarikh bakal keluar di pawagam, rata-rata wargamaya memberikan sokongan dan kata-kata positif terhadap karya sulung Syahmi itu: "Bereh Mi, untung rugi belakang kiro! Janji buat sampai jadi," sokong seorang wargamaya.

Klik untuk gambar besar


"Woahhh, mungkin ini akan jadi cerita pertama yang saya akan tengok di pawagam," komen seorang wargamaya. - "Poster tu final ke Mi? Kalau bukan alhamdulillah sebab dah macam filem tahun 80an-90an, letak semua gambar pelakon dalam tu,” tegur seorang wargamaya.

"Nak berlakon mi, extra pun takpe. Jadi pokok pun saya sanggup," kata seorang wargamaya. - "Semoga Syahmi Sazli dipermudahkan segala urusan. Dari awal video sampai sekarang saya still follow Syahmi," doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, poster tersebut telah mendapat hampit 25,000 dan 100,000 tanda suka di Twitter dan Instagram. Dalam perkembangan lain, Syahmi turut berlakon dalam filem raya berjudul 'Syif Malam Raya'. Selain Yoe Parey dan Asif Suhaimi, filem ini turut menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Twitter Syahmi Sazli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: