30 June 2020

DIHADIAHKAN BARANGAN MEWAH DARI DATO SERI VIDA - CIK B TOLAK, TAK KENA DENGAN CITARASA


Anak kepada usahawan kosmetik, Dato' Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini kembali menjadi perhatian netizen apabila dia menolak pemberian ibunya yang ingin menghadiahkan Cik B beberapa barangan berjenama mewah.





Berbeza dengan gadis remaja yang sama umur dengannya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat lebih gemar berpakaian ringkas dan tidak gemar bersolek seperti gadis-gadis lain.

Dia yang memuatnaik tangkap layar perbualan Whatsapp bersama ibunya di laman sosial twitter ternyata telah menarik perhatian warga maya. Menerusi perbualan itu, Cik B seboleh-bolehnya menolak hadiah berjenama mewah seperti Christian Dior pemberian ibunya itu.

Selain beg tangan, DSV juga mahu membeli hadiah seperti beg sandang serta kasut sukan yang harganya mencecah ribuan ringgit. Bagaimanapun, Cik B berkata dia tidak berminat dengan barangan tersebut malah menganggap ianya satu perbuatan membazir. Cik B yang kini berusia 15 itu turut mendapat pujian netizen kerana dilihat sentiasa merendah diri walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Cik B


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: