30 June 2020

"TAK ADA SALAHNYA KALAU NAK UPLOAD GAMBAR SENDIRI" - WARDINA MINTA FYNN JAMAL MOHON MAAF


Kenyataan Fynn Jamal yang mengaitkan filter di laman sosial dengan jenayah rogol sebelum ini telah menarik perhatian penyanyi rap, Caprice yang tampil berdebat. Terkini tiba pula giliran pelakon Wardina Safiyyah. Menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) bersama Fynn, Wardina berkata kenyataan Fynn tersebut kurang tepat memandangkan jenayah rogol sudah berleluasa sebelum adanya media sosial.





Menurut Wardina, biarpun apa yang dikatakan Fynn itu dengan niat memberi kesedaran kepada orang ramai namun penyanyi itu tidak sepatutnya menyalahkan wanita semata-mata: "Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata.

"Tutup salah, tak tutup salah. Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini," katanya ketika sesi IG Live bersama Fynn pada pagi Isnin.

Nama Wardina menjadi trending di Twitter disebabkan sesi IG Live tersebut dan rata-rata netizen di laman sosial bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut. Sebelum ini, penyanyi rap Caprice juga keliru dengan kenyataan Fynn yang mengatakan punca rogol berlaku disebabkan wanita menggunakan 'filter' di laman sosial secara berlebihan.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Wardina turut menasihati Fynn agar memohon maaf atas kekeliruan yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak: "Nasihat saya... minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol.

"Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal. Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun," ujarnya.

Sementara itu, Wardina menegaskan pendapatnya bahawa tiada salah untuk seseorang memuat naik foto sendiri di laman sosial: "Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya.

"Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri. Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: