30 June 2020

AMYZA KECEWA PIHAK ZARINA TAK DATANG SERAH SURAT SAMAN: "SAYA NAK MEMUDAHKAN..."


Sebelum ini, Zarina Anjoulie Lavocah atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul pada 23 April lalu memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap pelakon Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19.





Amyza dikatakan berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan dia gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan. Tiga hari lalu, Amyza melalui media meminta pihak guaman yang mewakili Zarina untuk hadir bertemu dengannya jam 4 petang di Astro Bukit Jalil bagi menyerahkan dokumen yang didakwa belum lagi diterimanya.

Namun kata Amyza, pihak Zarina tidak hadir menyerahkan dokumen yang didakwa telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM3 juta daripadanya. Amyza meluahkan rasa kecewa berhubung perkara tersebut.

"Kita dah beritahu tiga hari lalu yang saya nak peguam Zarina sendiri datang di Astro jam 4 petang berjumpa dan menyerahkan sendiri dokumen tersebut tetapi dari jam 1 petang tadi saya di sini sehingga kini jam 4.30 petang, mereka masih belum tiba.

"Kebetulan saya ada urusan disini, dan saya memilih lokasi ini kerana untuk memudahkan pihak mereka untuk berjumpa saya sendiri dan tidak perlu menyerahkan dokumen tersebut di kediaman saya yang jauh di Sepang, Selangor.

"Saya sangat kecewa kerana saya mengharapkannya, rasanya dah lama juga dia uar-uarkan di media sosial tentang saya tidak respon kepada tuntutan dia. Saya amat berharap supaya dia serahkannya kepada saya. Sebab saya nak memudahkan apa sahaja yang dimulakan dari pihak sana, kerana dia sendiri yang mula dengan menggunakan khidmat guaman," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan tidak memberi respon kepada tuntutan saman dan maaf dari pihak Zarina, Amyza berkata yang beliau langsung tidak menerima apa-apa dokumen atau notis berikutan kes tersebut: "Saya tidak respon kerana saya sendiri tidak menerima apa-apa dokumen atau notis tersebut. Sepatutnya dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Berkenaan sebelum ini Zarina ada keluar kenyataan memaafkan tetapi timbul pula isu saman, ini kata Amyza: "Ya saya dengar juga itu. Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh keluar statement nak saman saya mungkin pengaruh orang sekeliling atau apa," ujarnya.

Selepas semua ini berlaku, ditanya pula adakah dia mempunyai perasaan dendam kepada Zarina, Amyza memberitahu dia tidak berdendam: "Tak dendam, buat apa nak dendam dah dia sendiri mahu teruskan dengan cara macam ni, saya tak mahu fikir yang belakang sekarang saya fokus ke depan.

Apa tindakannya untuk selesaikan isu ini, Amyza berkata yang dia belum tahu dan mahu tengok dahulu apa yang ada pada dokumen itu sebelum mengambil sebarang tindakan. Dalam masa sama, Amyza memberitahu yang dia tidak pernah berhubung dengan Zarina, malah juga tidak pernah bekerjasama dengannya meskipun sudah sekian lama bergelar pelakon.

"Saya tak pernah bekerjasama dengan Zarina meskipun saya lebih lama berlakon daripada dia. Saya bermula menjadi sebagai seorang followers di Instagram miliknya sahaja. Ketika itu saya suka mengikutinya kerana dia suka makan 'pickle'. Kemudian, bermula musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbitnya salah faham dan tidak puas hati di antara kami. Saya tak kenal dia dan saya tak pernah ada 'personal issue' pun dengan dia," tuturnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zarina tampil seolah menghentam golongan selebriti yang dikhabarkan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan susulan pandemik wabak C0VID19. Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respon daripada beberapa golongan artis tempatan termasuklah Amyza dan Emelda Rosmila.

Malah, pelakon Emelda juga tampil menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: