30 June 2020

"WALAU BERKALI-KALI DIHANCURKAN HATI, TETAP MAAFKAN SUAMINYA" - JOY REVFA KAGUMI SIFAT PENYABAR BELLA ASTILLAH


"Kagum dengan wanita seperti Bella Astillah... kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, MasyaAllah! Sifat pemaafnya sangat tebal... walau berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu.





"Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah SWT tetap hadir untuk membahagiakan pasangan ini malah bakal dikurniakan cahaya mata kedua," kata usahawan kosmetik, Joy Revfa yang mengagumi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah yang kuat dan tabah berdepan pelbagai ujian serta dugaan alam rumah tangga.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menyifatkan Bella seorang isteri yang penyabar dan memiliki sifat pemaaf yang tinggi. Bersama kapsyen tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini turut berkongsi rakaman video pertemuannya dengan Bella, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Joy turut mendedahkan pasangan berkenaan sedang mempelajari ilmu agama bagi memantapkan lagi hubungan rumah tangga mereka: "Syukur, dalam diam mereka berdua tetap beristiqamah dan berusaha untuk mendalami ilmu agama. Doa Kak Joy dan kami semua sentiasa untuk Bella dan keluarga. Amin Ya Rab," ujarnya.

Untuk makluman, Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali berlaku curang dengan selebriti wanita. Sekitar bulan April lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah.

Dalam masa sama, Bella turut mengaku sedang hamil anak kedua mereka yang dijangka bakal dilahirkan pada Julai depan. Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Joy Revfa & Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: