18 June 2020

ELEENA SUI PERTAHAN ALICIA AMIN, MINTA NETIZEN 'JAWAB DI AKHIRAT': "ALICIA BELI DAGING DIJAMIN HALAL"


Pelakon dan model, Alicia Amin sebelum ini dihentam hebat kerana menjual rendang yang diragui status halal oleh sesetengah netizen. Namun begitu, pengacara dan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, Eleena Sui tampil mempertahankan Alicia.





Mengimbas kembali, Alicia Amin yang menjual rendang dikecam hebat oleh warga net kerana pemakaian yang tidak sesuai. Selain itu, netizen juga mempersoalkan status halal daging yang digunakan Alicia kerana tidak selari dengan gaya hidup yang diamalkan model itu.

Berbalik kepada Eleena, menerusi laman twitter, pelakon itu tampil menjelaskan bahawa daging yang digunakan Alicia itu halal dan dibeli melalui pembekal yang dipercayai di Instagram dan juga pasar Chow Kit. Dalam kicauan tersebut, Eleena menyertakan sekali tangkap layar perbualan antara Alicia dan pembekal daging tersebut untuk menempah daging.

Klik untuk gambar besar


Malah, dalam pada itu, Alicia juga turut membuat kebajikan yang tidak dikongsikan kepada orang ramai. Menurut Eleena, Alicia turut bersedekah kepada anak yatim seramai 100 orang: "Ni lagi satu, dia juga sedekah kepada anak yatim seramai 100 pax, kau hado? Tulah, jangan dok kutuk je reti. Tengok diri sendiri dulu ya tuan tuan dan puan puan," katanya,

Dalam pada itu, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Alicia Amin ketika ini yang ada hanyalah permohonan maaf mengenai cara pemakaian dan tahap kebersihan ketika menyediakan juadah itu. Sebagai netizen, berhati-hatilah dalam mengkritik kesalahan, barangkali ada kebaikan yang belum tentu dapat dilaksanakan oleh diri kita sendiri.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: