18 June 2020

FILEM 'TOWN MALL' BAKAL TEMUI PENONTON 25 JUN INI DI ASTRO FIRST


Bermula 25 Jun ini, para penonton bakal disajikan dengan filem terbaru oleh Astro Shaw berjudul 'Town Mall' terbitan Enuja Production ini yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.





Filem 'Town Mall' yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pawagam pada 26 Mac lalu itu menampilkan kisah inspirasi daripada kisah benar yang diadaptasi daripada novel bergenre seram terlaris karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima.

Membariskan barisan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

Klik untuk gambar besar


'Town Mall' mengisahkan tentang projek pembinaan yang telah terbengkalai selama 10 tahun akibat gangguan halus dan kini sebuah syarikat pembinaan terkenal cuba menyambung semula kerja-kerja dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat beli-belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehingga suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.













































         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: