20 June 2020

EZLYNN AKUI KEKOK PERTAMA KALI JAYAKAN PERSEMBAHAN DENGAN IMEJ BERTUDUNG


"Alhamdulillah... pertama kali persembahan bertudung selepas berhijrah, sedikit kekok tapi saya berjaya mengawalnya," demikianlah kata penyanyi Ezlynn menerusi laman Instagram miliknya yang mengakui berasa kekok dan janggal apabila pertama kali menjayakan persembahan pentas dengan imej berhijab.





Meskipun begitu, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin berkata persembahan tersebut berjalan lancar dan dia berjaya mengawal perasaannya itu. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuatnaik foto ketika menjayakan persembahan khas untuk barisan petugas hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru, baru ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut memuji penampilan baharu Ezlynn dan berharap penyanyi lagu 'Hi Hi Bye Bye' ini akan terus mengadakan persembahan untuk peminat: "Alhamdulilah semoga terus istiqamah dan kuat... kami semua doakan jangan tertewas! - "Alhamdulillah.. Semoga lebih banyak lagi persembahan selepas ini," komen pengikut.

Klik untuk gambar besar


Penghujung Ramadan lalu, Ezlynn mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tiga tahun memakai tudung di bulan mulia itu: "Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama tiga tahun berturut-turut tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

"Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya dia tetapkan. Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah... saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ezlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: