20 June 2020

SIRI KISAH BENAR - SYOKCAST 'CONFESSION BILIK GELAP' TEMUI PENONTON 22 JUN INI


SYOKcast 'Confession Bilik Gelap' merupakan sebuah siri kisah benar peristiwa kejatuhan dan kebangkitan rakyat berpengaruh Malaysia. Kisah yang mendalami peristiwa suka dan duka kehidupan rakyat Malaysia itu bakal menemui penonton tidak lama lagi iaitu bermula 22 Jun ini eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK. Siri ini juga menceritakan kisah inspirasi penuh tangis dan tawa serta membawa teladan.





Kisah-kisah ini diluahkan secara telus dan jujur oleh barisan rakyat Malaysia yang berpengaruh seperti Dr. Soo Wincci, penyanyi, pelakon dan pemenang Miss World Malaysia 2008 yang juga memiliki lima ijazah termasuklah Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan telah menerima dua pengiktirafan daripada 'Malaysia Book of Records'; Syahmi Sazli (Mael Totey), anak kelahiran Kelantan yang meninggalkan dunia kejuruteraan demi menjadi seorang YouTuber; Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, pasangan instafamous yang sering menjadi perhatian umum; Faris Zakaria, pemain permainan online profesional yang berjaya; dan Ahmad Shukry Md Ajis, jurutera helikopter yang merealisasikan impian sebagai jurusolek profesional.

Menghimpunkan pengakuan dari hati ke hati, siri SYOKcast ini merupakan idea cetusan asal daripada Izzat Hakimi Tajul As'ari yang juga merupakan penulis siri SYOKcast Remang dan Hikmah. Tema 'bilik gelap' diketengahkan dalam membongkar kisah-kisah kejatuhan dan kebangkitan yang boleh dijadikan pengajaran kepada semua masyarakat Malaysia.

Klik untuk gambar besar










         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: