Baru-baru ini, ada netizen bertanya soalan kepada pelakon Intan Najuwa, 23, dimana dia digelar 'gold digger' kerana didakwa hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit. Intan menerusi InstaStory miliknya telah tampil menjawab dakwaan tersebut.

Intan yang menjadi tumpuan warganet selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, yang juga merupakan bekas tunangnya itu menjawab soalan tersebut menerusi ruangan soalan 'ask me a question': "Apa pendapat awak bila orang cakap awak gold digger nak lelaki kaya je," tanya seorang netizen.
Menjawab soalan terbabit, pelakon drama 'Hantu Punya Bos' itu memberikan jawapan yang sangat matang: "Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun. Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan. Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je," kata Intan.
Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai. Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Intan Najuwa
________________________

No comments:
Post a Comment