20 June 2020

ANAK KEDUA LAHIR SEMINGGU LEBIH AWAL - MIA AHMAD & SUAMI TIMANG BAYI PEREMPUAN


Pada 18 Jun lalu jam 5.20 petang, pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi telah menimang cahaya mata kedua mereka yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru. Berita gembira tersebut dikongsikan pasangan ini menerusi Insta Story di laman sosial, Instagram (IG).





Bagaimanapun menerusi perkongsian itu, Izham yang juga pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mendedahkan jantina anak keduanya. Namun kini jantina tersebut telah didedahkan dimana Mia dan suami menimang anak perempuan selepas dikurniakan anak lelaki, Sayf Issa yang kini berusia dua tahun, sebelum ini.

Sementara itu, Izham yang dihubungi bersyukur segala-galanya dipermudahkan: "Anak kedua lahir seminggu lebih awal. Kami menjangkakannya pada hujung bulan ini. Lebih mengujakan kelahirannya masih dalam bulan Syawal yang mulia. Kali ini juga proses kelahiran isteri sangat mudah dan lancar berbanding anak sulung kami," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Mia juga ada memuatnaik gambarnya di sebuah hospital bagi menunggu kelahiran anaknya. Terbaru, Mia memuatnaik video bilik anak dan mengalu-alukan kehadiran cahaya matanya dalam laman IG: "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Welcome home babygirl," tulisnya.

Untuk makluman, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Kini pasangan itu sudah mempunyai sepasang cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: