20 June 2020

ANAK BONGSU MAHU ADIK - OZLYNN MINTA NETIZEN UNDI SETUJU UNTUK HAMIL LAGI


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon dan juga isteri kepada pelawak Johan, Ozlynn Wati baru-baru ini telah berkongsi cerita dimana anak bongsunya iaitu Moleiq meminta adik baru walaupun hasrat itu telah mendapat tentangan daripada ahli keluarga.





Dalam masa sama, Ozlynn turut meminta netizen untuk 'membuang undi' sama ada perlu atau tidak dirinya hamil lagi. Melihat pada entri berkenaan, Ozlynn memaparkan sebuah foto sekitar majlis keraian sambutan hari lahir ibu, suaminya serta anaknya, Ariq dan Moleiq.

"Moleiq dah minta adik.. siapa setuju aku mengandung lagi.. undian yang banyak kira boleh hapuskan undian adik beradik aku yang bangkang untuk aku mengandung lagi," kata Ozlynn yang dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq hasil perkahwinan dengan Johan.

Ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dan menyokong sepenuhnya keputusan Ozlynn untuk mengandung lagi. Malah ramai yang mendoakan kebahagiaan keluarga besar ini supaya beroleh cahaya mata baru di masa akan datang.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Ozlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: