20 June 2020

"MUNGKIN KEMATIAN IBU MASIH MENGHANTUI..." - FAZREN ALAMI MIMPI PELIK, MENGIGAU


"Ini kali pertama saya bermimpi kematian ahli keluarga. Sebelum ini, isteri pernah beberapa kali kejut saya masa tengah tidur sebab mulut saya macam asyik berbisik sedang baca Al-Fatihah. Lepas tersedar tu saya terus peluk isteri saya dan masa itu la saya rasa sedih sampai menitis air mata.





"Isteri pun ikut menangis," cerita pelakon Fazren Rafi mengenai dirinya yang diganggu mimpi pelik iaitu isterinya Syarifah Marlina Asyikin meninggal dunia sehingga membuatkan dia terjaga dan menitiskan air mata.

Selain itu, Fazren, 35, berkata, dia juga beberapa kali dikejutkan oleh isteri selepas mengigau membaca Al-Fatihah ketika sedang tidur. Menurut pelakon Spa Q ini, pemergian ibunya, Sutinah Sahari, akibat kanser usus tahap empat 28 Mei lalu mungkin menjadi punca dia bermimpi tentang kematian.

Klik untuk gambar besar


Tambahan pula, dia masih belum selesai menguruskan segala perkara berkaitan peninggalan Allahyarham ibunya: "Mungkin kematian ibu masih menghantui hidup saya sehingga saya memikirkan tentang kematian ahli keluarga lain. Sekarang ni saya masih uruskan semua perkara yang belum sesuai untuk arwah ibu saya seperti harta pusaka, fidyah dan sebagainya," jelasnya.

Bercerita tentang perasaannya selepas terjaga dari mimpi tersebut, Fazren berkata dia lebih menghargai isterinya. Kata Fazren, dia tidak dapat membayangkan melakukan sesuatu aktiviti harian tanpa ditemani isterinya itu: "Sebagai suami, saya perlu lebih menghargai isteri saya.



"Selama perkahwinan kami, semua benda saya buat dengan dia... Lepak dengan dia, mendaki dengan dia dan kalau saya pergi memancing di kolam pun dia akan ada di sebelah saya. Dalam mimpi itu pun, saya buat semua benda yang saya buat cuma tanpa dia jadi tak dapat bayangkan kalau ia benar-benar berlaku," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazren baharu selesai menjalani penggambaran drama Bulan Di Kota Langit yang sedang bersiaran di TV Okey bermula 13 Jun lalu. Di samping itu, Fazren turut menjalankan bisnes makanan di beberapa kantin sekolah di Klang, Selangor: "Penggambaran pun dah susah sikit sebenarnya, jadi sekarang ni saya fokus pada bisnes kantin di beberapa sekolah di Klang.

Fazren mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin Syed Hassan pada tahun 1 Mei 2011. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqin Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fazren Rafi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: