10 June 2020

FARAH NABILAH HAMIL 5 BULAN: "WAKTU PKP, SAYA PERNAH MENANGIS SEBAB TAK DAPAT APA YANG MENGIDAM"


"Ahamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak menyambut kelahiran anak pertama kami. Saya dan suami tidak meletakkan harapan untuk dikurniakan anak lelaki atau perempuan.





"Bagi saya, asalkan bayi saya dalam keadaan sihat. Apa yang penting sekarang, saya harap peminat dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Itu saja," demikianlah kata pelakon Farah Nabilah yang mengumumkan dirinya kini hamil lima bulan

Agak menyepi daripada dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga Disember tahun lalu, Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, dan suaminya iaitu Mohammed Amirul Yunus meluahkan rasa syukur dan teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu Farah berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar Farah berada dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman awal trismester pertama, Farah berkata, dia tidak mengalami alahan yang teruk: "Buat masa sekarang, saya tidak mengalami alahan yang teruk. Tapi masa trimester pertama, saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun.

"Alhamdulillah, sekarang dah okey. Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKP, saya pernah menangis sebab tak dapat apa yang saya mengidam," ujar Farah yang berkahwin Mohammed Amirul Yunus yang juga merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: