27 June 2020

FYNN JAMAL: "BERFILTER BAGAI, BERCOMEL-COMEL... MENJEMPUT NAFSU LELAKI, TUDUNG TAPI MACAM KUCING MENGAWAN"


Isu gangguan seksual dan rogol bukanlah perkara baru kita dengar. Ini kerana saban hari ada sahaja kes dilaporkan, malah lebih menyedihkan ada yang menyalahkan mangsa punca perkara itu berlaku. Baru-baru ini, seorang netizen meminta Fynn Jamal supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rogol selain turut mendidik dirinya juga.





Bagaimanapun, reaksi diberikan Fynn Jamal ternyata mengejutkan dan menimbulkan kemarahan netizen. Menerusi Insta Story, Fynn berkata permintaan untuk tidak menyalahkan mangsa rogol ini adalah ajaran barat semata. Nama penyanyi tersebut secara tiba-tiba trending di Twitter sejak malam tadi.

"Ujarnya, tindakan wanita yang memuatnaik gambar profil lawa-lawa dan comel sebenarnya menjemput nafsu lelaki: "Tu muka berfilter bagai, bercomel-comel. Kat entri bukan main gambar lawa dan mungil. Kiut miut. MENJEMPUT nafsu lelaki".

Klik untuk gambar besar


Tambahnya lagi, tidak semestinya mereka yang dirogol tetapi perbuatan itu menyumbang risiko kepada wanita lain berada berdekatan yang akan menjadi mangsa lelaki bernafsu binatang. Berterusan menunding jari kepada wanita kerana memuatnaik gambar comel, Fynn turut berkata tidak perlu berpura-pura kerana gambar tersebut sebenarnya adalah untuk menarik perhatian.

Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story: "Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu. Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda. Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena," katanya.

Apa yang membuatkan netizen lebih berang apabila Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya 'standby' sahaja jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah. Selain itu, terdapat juga netizen yang menganggap beberapa kenyataan Fynn Jamal agak mengelirukan dan 'disturbing' terutamanya apabila membabitkan nama Rasulullah.



"Kau tahu tak Rasulullah berpesan pada isteri untuk 'standby' je kalau suami balik terus nak bersama. Rasulullah berpesan pada suami kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat terus balik dan terus laksanakan ke atas isterinya," katanya.

Perkongsian Fynn itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan mereka yang bertudung labuh dan berhijrah juga tidak terlepas daripada diuji. Kata netizen lagi, mereka yang sudah berhijrah ke arah lebih baik, hati mereka pula yang akan diuji. Netizen berkata jika seseorang itu telah berhijrah tidak bermakna diri mereka sudah cukup sempurna sehingga boleh sesuka hati mengambil alih kerja Tuhan.

Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini Fynn ditegur oleh pendakwah berikutan soal jawab berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Malah, Fynn pernah mencetuskan kontroversi gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: