27 June 2020

ALI XPDC MELECUR 30 PERATUS GARA-GARA PETROL


Malang tidak berbau apabila penyanyi kumpulan XPDC, Ali, 52, melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki selepas disambar api.

Ketika kejadian pada 26 Mac lalu itu, Ali sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.

"Kalau saya terjaga pada waktu malam memang payah nak tidur. Kadang-kadang saja dapat terlelap, mungkin disebabkan terlalu keletihan. Selain itu, saya juga tidak ada selera makan. Kalau dulu berat badan melebihi 80 kg tetapi kini 62 kg saja," ujarnya dipetik sebagai berkata.





"Saya hanya bergantung dengan pil penahan sakit yang diberi doktor dan pengambilan suplemen. Nak pulih daripada kulit yang melecur memang ambil masa. Sehingga sekarang pun masih rasa pedih dan gatal.

"Saya juga perlu jaga pantang supaya luka melecur cepat sembuh. Setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik cuma saya tidak boleh berdiri terlalu lama kerana rasa seperti dicengkam akibat pertumbuhan kulit baru," tambahnya.

Mengenai gambar yang dikongsi, katanya ia gambar lama ketika kejadian baru berlaku. Sebelum ini dia tidak kongsikan kepada sesiapa dan hanya disimpan. Apabila sudah okey dan ada yang minta izin untuk muat naik di media sosial sebagai iktibar kepada orang lain, dia setuju.

Klik untuk gambar besar


"Namun, ada juga yang fikir itu adalah keadaan terkini walhal ia gambar lama. Saya harap perkongsian gambar itu dapat dijadikan iktibar kepada semua orang supaya berhati-hati ketika membakar sampah atau melakukan perkara yang membabitkan api," jelasnya.

Sementara itu, rakan Ali XPDC iaitu Ali Russia memberitahu di FBnya, Ali XPDC telah hampir 7 tahun berhijrah ke Jalan Allah - Keluar berdakwah dan telah menjadi Amirsab atau Ketua Jemaah.

"Saya bersama dr Sam Rasputi, Maulana Helmi, Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi kawan kawan telah ikram Ali Xpdc dan dengan izin Allah beliu gembira dan seronok mengamalkan agama dan sehingga kini beliu istiqamah dan beliu telah pun keluar 4 Bulan IPB tahun lepas.



"Kini anak anak lelakinya sedang belajar di Madrasah untuk jadi Hafiz Quran dan Alim Ulama. Pengajian dan Pembelajaran anak anak beliu juga memerlukan biaya dan kos.

"Saya memohon agar tuan tuan dapat menyalurkan bantuan seberapa banyak yang mampu melalui Acc Bank peribadi milik Ali Xpdc sendiri.

"Beliau masih memerlukan perbelanjaan untuk rawatan lanjutan dan rawatan susulan.

"Semuga dengan sumbangan yang tuan tuan dan puan puan hulurkan Allah Taala memberikan kemudahan dan rahmat yang banyak kepada semua... amin," ujarnya dipetik melalui FBnya.

Pada sesiapa yang mahu membantu, anda boleh salurkan ke akaun 162106484056 (Maybank) Mohd Ali Bin Ismail (Ali Xpdc atau Ali Terarosa).









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: