26 June 2020

ALIFF SYUKRI: "KES AMEENAH MAHKAMAH PUTUSKAN SAYA TAK BERSALAH, HANYA UNSUR FITNAH"


Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah didakwa telah memukul anak angkatnya, Ameenah. Insiden itu dilaporkan sendiri oleh pembantu rumah usahawan tersebut sehari selepas kejadian itu.





Bukan itu sahaja, pada ketika itu, turut tersebar salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameenah lantas memarakkan lagi api gosip itu. Pun begitu, Aliff Syukri menerusi satu entri di laman Instagram rasminya mendedahkan bahawa kes tersebut sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

Menceritakan keadaan Baem yang cedera dek jatuh motosikal, usahawan itu sempat menyelit dengan selambanya mengenai kes pukul Ameenah itu: "Budak lasak jatuh motor @baemadham_terlajaklaris dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah... klau ameenah kena mahu kes polis 🤣🤣 btw kes ameenah mahkamah dah putuskan yg sy x bersalah hanya berunsur fitnah..," tulis Aliff Syukri.

Rata-rata pengikut suami kepada Datin Seri Nur Shahida itu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan berita tersebut. Bahkan mereka yakin Ameenah dijaga dengan baik oleh kesemua ahli keluarga Aliff Syukri.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: