26 June 2020

VAN JENAZAH PERCUMA NOORKHIRIAH SEDIA BERKHIDMAT: "DOAKAN AKAK SEMOGA USAHA KECIL INI DIPERMUDAHKAN ALLAH


Jika sebelum pernah berkongsi berita mengenai hasrat untuk menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) peribadi miliknya sebagai van jenazah dan menyediakan perkhidmatan secara percuma, terkini pelakon Noorkhiriah memaklumkan kepada umum bahawa kenderaan tersebut kini sudah bersedia berkhidmat.





Menurut Noorkhiriah, hasratnya untuk menyediakan perkhidmatan tersebut itu mula digerakkan pada Ramadan lalu selepas mendapat sokongan dan dorongan daripada suaminya: "Sebenarnya dah terdetik lama nak buat benda ni.

"Cuma, sebelum ini rasa macam on off, sampailah bulan Ramadan yang lepas ni, terdetik dan beritahu suami. Jadi, dialah yang banyak beri sokongan dan galakan kerana katanya, Insya-Allah, niat ikhlas ni Allah akan bantu permudahkan..akan ada lah rezeki tu nanti," katanya.

Menurut Noorkhiriah sejak dikongsikan di media sosial, sudah ada pihak yang mula bertanya mengenai perkhidmatan van jenazah tersebut: "Ada yang tanya saya kalau ke Utara boleh percuma ke.. nak cakap lebih-lebih pun saya tak berani, tak tahu apa akan jadi masa akan datang. Apa yang saya boleh katakan sekarang, kalau dah percuma tu, percumalah. Cuma, saya mohon agar Allah murahkan rezeki saya dan suami untuk terus bantu semua orang," katanya.

Noorkhiriah berkongsi berita mengenai penyediaan perkhidmatan van jenazah percuma itu menerusi satu entri di Instagram: "Assalamualaikum Alhamdulillah... sedia berkhidmat, perkhidmatan van jenazah percuma @nurbykhiriah.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih juga pada yang sudi menyumbang. Doakan akak semoga usaha kecil ini dipermudahkan Allah. Terima kasih Encik suami dan jemaah Suarau Al-Ikhlas Palm Spring. Terima kasih Allah. Salam Jumaat salam penuh keberkataan.

"012-2058005/012-8005996..Simpan nombor ini andai memerlukan pertolongan kami. Doakan kami ya..#PerkhidmatanVanJenazahPercuma #TiadaDayaDanUpayaMelainkanDenganPertolonganAllah," tulisnya ," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, pelakon drama Nur itu juga turut berkongsi imej terkini kenderaan van jenazah berwarna hitam miliknya itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberikan pelbagai respons positif mengenai usaha murni yang dilakukannya itu, termasuklah dalam kalangan artis.

"Alhamdulillah, semoga Allah merahmati segala amalanmu," tulis pelakon Zarina Zainuddin. - "Alhamdulillah, satu usaha yang sangat murni kak.Smeoga Allah balas segala kebaikan akak dengan syurga-Nya," tulis salah seorang pengikutnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: