26 June 2020

ISU DIKECAM SELEPAS 'TERKUCIL' - NABILA AKUI TAK TRAUMA, TAPI SEDIKIT RISAU NAIK PENTAS


"Nak kata trauma tu tak ada, tapi risau sedikit... setiap kali saya nak naik pentas saya berdebar sebab tahu apa yang orang akan cakap tentang lagu itu," demikian kata penyanyi Nabila Razali yang tidak trauma untuk berada di pentas menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' meskipun berdepan pelbagai kecaman, namun mengakui sedikit risau seandainya 'terkucil' lagi.





Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila yang 'terkucil' ketika menyanyikan lagu 'Peluang Kedua' secara langsung sehinggakan rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal Nabila yang juga bergelar seorang pelakon itu.

Menganggap apa yang terjadi kepada dirinya sebelum ini adalah satu ujian, bagaimanapun Nabila bersyukur lagu 'Peluang Kedua' kini mendapat tangga pertama di setiap platform carta lagu: "Namun bagi saya, itu adalah satu ujian… yelah, tak semua benda baik kita dapat, mesti ada ujian sikit-sikit," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya adakah bersedia seandainya lagu 'Peluang Kedua' layak ke Anugerah Juara Lagu atau pertandingan besar, Nabila berkata dia tidak meletakkan harapan yang tinggi lagunya itu menyertai mana-mana pertandingan lagu, namun sekiranya berlaku dia menerima dengan hati terbuka.

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi di luar kemampuan saya, tapi sekiranya ia berlaku saya terima dengan hati terbuka dan banyak lagi benda saya kena buat. Saya baru lagi dan tak hebat mana dalam nyanyian," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: