17 June 2020

HUBUNGAN DENGAN INTAN - HARRIS ENGGAN TERLALU BERAHSIA: "BUKAN PERKARA JAHAT PUN"


"Saya bukan bersikap terlalu terbuka sebaliknya tiada apa yang perlu saya rahsiakan ketika ini kerana ramai sudah mengetahui kisah cinta saya bersama Intan. Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau saya mengambil pendekatan ini kerana apa yang kami kongsikan bukan perkara jahat pun.





"Saya tidak dedahkan semua perkara mengenai hubungan saya di sosial media. Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua," demikian kata pengacara dan pelakon, Harris Alif yang enggan terlalu berahsia mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Intan Ladyna dan memberitahu, dia mengambil pendekatan itu kerana percaya lambat atau cepat kemesraan cinta mereka akan dihidu peminat.

Menurut Harris, dia jarang bertemu Intan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasakan: "Kami tidak kerap berjumpa atau menghabiskan masa bersama. Baru-baru ini, kami ada keluar berjumpa, itu pun bersama kawan-kawan. Lagi pula sejak PKPP ini aktiviti seni kami sudah kembali bermula. Jadi masing-masing ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, kisah cinta Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga hangat diperkatakan apabila berkongsi gambar bersama Intan di laman Instagram pada 6 Mei lalu. Seterusnya, pada Syawal kedua, pasangan berkenaan memuat naik gambar mengenakan baju rona sedondon.

Harris sekali lagi memuatnaik gambar berdua ketika meraikan ulang tahun Intan ke-38 pada malam 2 Jun lalu. Pada majlis ulang tahun Intan, Harris meraikan kekasihnya dalam majlis makan malam berdua. Dia turut menghadiahkan Intan kucing baka British Short Hair (BSH).


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Harris Alif


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: