"Memang tak terfikir pun. Malas nak serabut kepala," demikian jawapan Enot apabila diajukan berkenaan soal pengganti dan teman hidup. Dia yang pernah dua kali berkahwin mengakui malas memikirkan soal jodoh.
Dia lebih memilih meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga apa sahaja yang mampu menambah punca pendapatan berbanding memikirkan soal jodoh.
Enot sebelum ini pernah dikhabarkan serik untuk berkahwin semula selepas gagal dalam perkahwinannya. Lebih pahit apabila dia didakwa mempunyai pengalaman 'menanggung suami'.

Dia didakwa lebih rela bergelar ibu tunggal daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk menyara anak-anak dan suami.
"Bayangkan pada satu tahap, kampit beras penuh di rumah. Sampai saya terpaksa menolak bantuan kerana tak mahu membazir.
"Macam sekarang, saya berniaga dari rumah di Keramat. Saya pun tak kemaruk bantuan ketika pandemik COVID-19 ini. Kalau ada… adalah," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Klik untuk gambar besar

________________________

No comments:
Post a Comment