05 June 2020
ISTERI TOMOK: "PENANTIAN 5 TAHUN UNTUK DAPAT BABY GIRL DIMAKBULKAN... DALAM USIA 41 TAHUN"
Menerusi satu satu posting terkini di laman Instagram, isteri kepada Tomok iaitu Rahayu Abas ada berkongsi coretan perihal penantian dia sekeluarga dalam menantikan zuriat perempuan. Jelasnya yang mesra disapa Ayu, dia bersyukur kerana rezeki untuk mendapatkan cahaya mata perempuan dimakbulkan.
Malah, dia turut meminta para ibu seusia yang ingin tambah zuriat agar terus usaha dan jangan putus doa. Ayu turut mendedahkan, dia mendapat tahu kehamilan sebaik pulang bercuti dari Pulau Tioman: "Journey of my baby girl. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah... rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
"Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah (I'm feeling it too)... tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa... teruskan berusaha and berdoa," pintanya. Finding I'm pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun.
Klik untuk gambar besar
"Gembira, risau and mcm2 perasaan coz it's a risk of baby & mother health too.. but keep going doa and think positif and also jaga diri. After 40 weeks, Rabu malam start mild contraction... dibu tak boleh tido over night... the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis... dibu berkira2 nak ke hospital.
"Bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep... nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding... ooo... maybe dah tanda kot.. dgn contraction yg berterusan I keep jalan rilek2... siap2kan diri.. bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.
"Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm... and the contraction keep continuing... I did COVID-19 test too... lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
"And of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti... just handling my baby for a while... dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar. Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.
"Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang.... we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together.... I love u so much... ayu sayang shah. To Arrian & Andra wait for dibu k... will bring your little princess sister going back home soon," tulisnya panjang lebar.
Untuk makluman, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, keduanya turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Rahayu Abas & Tomok
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment