05 June 2020
"BANYAK KENANGAN ARWAH MEMEN & ARWAH MY MUM..." - IG LINDA DIGODAM, DIMINTA BAYAR HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT
"Dugaan apa la ni?? banyak kenangan video n pict arwah Memen n arwah my mum.. pls help me 🤲🏻 I'm crying now.. followers Linda bukan berjuta tp banyak sgt kenangan dlm ig lama.. hanya Allah yg tau perasaan Linda skrg," demikian tulis pelakon Linda Rafar yang kehilangan akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir satu juta pengikut selepas digodam.
Lebih menyedihkan, kata Linda, penggodam tersebut juga dikatakan berjaya mendapat akses masuk ke akaun peribadi miliknya lain: "Bukan sahaja Instagram, akaun email dan Paypal saya juga digodam. Saya tak berhenti menangis dari semalam. Saya menggunakan kata laluan yang sama dengan Instagram untuk akaun tersebut. Hari ini saya baru nak buat laporan polis," katanya.
Menurut Linda lagi, dia juga sudah mengambil tindakan dengan menukar semua kata laluan akaun lain yang dimiliki bagi tujuan keselamatan. Begitupun, menurut Linda, penggodam tersebut ada menghubunginya meminta sejumlah bayaran sekiranya mahu dikembalikan.
Klik untuk gambar besar
"Dia minta saya bayar AS$100,000 (RM426,750). Individu tersebut dipercayai dari Turki, tetapi bila cakap nak bayar, dia guna nombor telefon Malaysia Whatsapp dan ada group scammer dalam tu," jelas Linda lagi.
Ekoran insiden itu, Linda kini membuka satu akaun Instagram baharu menggunakan nama @lindarafarr. Dalam pada itu, sejak semalam beberapa artis juga menerima mesej di Instagram yang disertai pautan khas dipercayai cubaan pihak luar menggodam.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Linda Rafar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment