06 June 2020

APA NAK MALU BOSS KU - SHAH ISKANDAR JUAL MANGGA DI KAKI LIMA


"Saya ada simpanan, boleh saja kalau saya nak relax di rumah tapi saya jenis yang tak boleh duduk diam.

"Di rumah pun saya cuba kemas barang-barang rumah, saya fikir kenapa tidak buat benda yang lebih berfaedah iaitu dengan berniaga," ujar pelakon Shah Iskandar dipetik sebagai berkata yang memilih untuk berniaga buah di tepi jalan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).





Betullah tu, kalau ada banyak duit simpanan... memanglah boleh relax goyang kaki. Namun dia mengakui dirinya jenis yang tak boleh duduk diam dan ada sahaja aktiviti yang mahu dilakukan untuk mengisi masa terluang.

"Kita ikut SOP yang diwajibkan… kita pakai mask, sediakan hand stanitizer, pakai sarung tangan," tambah Shah yang mengesahkan bahawa isterinya Siti Sarah Mohd Noor, kini hamil empat bulan selepas empat tahun menanti zuriat.

Untuk info, Shah menjual mangga harum manis Cambodia dan manga susu 3kg hanya RM25 sahaja. Jualannya amat laris hingga adakalanya tiada stock dan terpaksa menunggu beberapa hari untuk menambah bekalan.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: