06 June 2020

ZARINA ANJOULIE KALAH DALAM SAMAN MALU FARA MENDOZA


"Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dilakukan pihak berkenaan dan tuduhan menggugurkan anak," demikian kata Fara Mendoza yang bersyukur dengan kemenangan saman malu atau fitnah ke atas pelakon Zarina Anjoulie yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitnah tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara, ujar peguamnya, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz, dipetik sebagai berkata.





"Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina," tambahnya yang memberitahu perbicaraan pertama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.

Selanjutnya, selepas mahkamah berhenti bersidang selama dua bulan, sebutan kes berlangsung semula pada 21 Mei lalu di Seremban dan Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir. "Maka, mahkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan.

"Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini belum diketahui lagi," katanya melalui Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: