02 June 2020

'KAMPUNG PEOPLE' BAKAL KEMBALI MUSIM KEDUA - 'LAILER' TAK SABAR KEMBALI KE SET


Setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat, drama rantaian yang sebelum ini viral iaitu 'Kampung People' bakal kembali dalam musim kedua dan bakal memulakan penggambaran, tidak lama lagi. Pelakon yang memegang watak Laila atau disebut dalam slanga 'Lailer' pada musim pertama 'Kampung People', Riena Diana tidak sabar menghidupkan watak gadis bimbo dan gedik dalam musim kedua pula.





Dijangka menerima skrip minggu ini, Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal berharap penggambaran drama arahan Wan Hasliza itu dapat dimulakan sebaik permit diterima: "Sepatutnya penggambaran musim kedua ini sudah bermula. Tetapi seperti kita sedia maklum, selepas negara dilanda wabak COVID-19, ada sektor pekerjaan diberhentikan buat sementara waktu, termasuk industri seni.

"Saya dimaklumkan syarikat produksi sedang menunggu permit memulakan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP). Pelakon mula diberi skrip minggu ini. Insya-Allah diharap penggambaran dapat bermula secepat mungkin," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Selain Riena, drama ini turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Kamarul Eqifshah, Hun Haqeem, Datuk Fizz Fairuz, Namron, Razak Ahmad, Shah Kimin dan ramai lagi.

Riena berkata, dia dimaklumkan beberapa watak baharu akan diperkenalkan dalam musim kedua drama terbabit: "Saya dimaklumkan pelakon asal dikekalkan. Ada juga watak baharu untuk menceriakan lagi plot cerita," katanya yang dicungkil bakat melalui program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.

Riena yang aktif berlakon sejak 2017 diperkenalkan menerusi drama, 'Villa Qhazara'. Seterusnya, Riena mendapat kepercayaan untuk membawa watak utama menerusi drama 'Cinta Lemon Madu' yang disiarkan portal Tonton. Riena turut berlakon dalam drama rantaian 'Nur' TV3 membawa watak Dr Qadeeja.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Riena Diana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: