02 June 2020

SAMBUT ULANG TAHUN KE-7 & BIRTHDAY: "DOAKAN MANA TAHU ADA REZEKI ANAK PKP" - IZZUE


Tarikh hari ini iaitu 2 Jun merupakan ulang tahun perkahwinan pelakon, penyanyi dan pengacara Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin yang ketujuh pada tahun ini. Bukan itu sahaja, tarikh yang sama itu juga merupakan tarikh lahir Izzue dan ia menjadikannya sambutan berganda.





"Tahun ni lain sikit. Sambutan yang dibuat sederhana sahaja kerana kami masih tidak pasti untuk makan di luar. Jadi kami order makanan, dan makan di rumah sahaja. Lagipun berbulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan membuatkan kami sentiasa bersama di rumah. Buat video, bergaduh, bergurau, berbual, jadi macam tak perlu nak buat surprise seperti saban tahun kami lakukan," kata Izzue.

Menurut Izzue, selalunya Awin akan membuat kejutan untuk hari lahirnya, manakala dia pula akan membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka: "PKP ni memang kami betul-betul rehat dan betul-betul bersama. Doakan mana tahu kalau-kalau ada rezeki anak PKP," kata Izzue sambil ketawa kecil.

Walaupun sudah tahun berkahwin, namun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata: "Rancangnya nak buat proses rawatan IV tu pada tahun ni, tapi nampaknya kena tunggu dululah sebab PKP. Tapi kami tetap gembira kerana kami sentiasa ada untuk satu sama lain," tutur Izzue.

Klik untuk gambar besar


Walaupun tiada kejutan dan bertukar-tukar hadiah, namun Izzue tetap mahu mengingati ulang tahun perkahwinan ketujuhnya dengan sesuatu yang istimewa: "Insya-Allah malam ini pukul 9:00 malam, Izzue akan lancarkan lagu baru Izzue di saluran YouTube Izzue Islam.

"Lagu bertajuk 'Biar' itu sudah siap bersama klip video rasmi dan Izzue rasa ianya masa yang paling sesuai sebagai hadiah kepada peminat, pada hari istimewa untuk kami," ujar bekas kumpulan Forteen itu gembira.

Ditanya jika dia juga menanti keputusan kerajaan untuk membenarkan kembali proses penggambaran berlangsung, menurut Izzue semuanya terletak kepada pihak yang berkuasa: "Izzue masih ada lagi satu drama bersiri yang belum memulakan penggambaran, tetapi Izzue harap ianya hanya akan berlaku apabila segala SOP yang diperlu dipatuhi diambil kira sepenuhnya.



Banyak juga persembahan nyanyian yang terpaksa dibatalkan sejak bermulanya PKP, tetapi Insya-Allah, rezeki ada di mana-mana," tambah Izzue =yang berkahwin dengan Awin yang juga merupakan pengurusnya pada tahun 2013 dan aktif dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan..

Biarpun sudah keluar daripada kumpulan Forteen, namun Izzue dan anggota kumpulan yang lain masih lagi bersahabat baik: "Hari raya pertama, kami terima kunjungan daripada Ameer dan keluarga serta One Forteen yang datang beraya di rumah.

"Pada Izzue, takkan putus silaturrahim biarpun kami tidak lagi berada di dalam kumpulan yang sama. Persahabatan tujuh tahun tidak boleh dibuang hanya kerana perselisihan faham seminggu," kata pelakon drama 'Sahabat' itu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Izzue Islam & Awin Nurin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: