02 June 2020

RANCANG NIKAHI ISA TAHUN INI - RISTEENA MOHON DOA, HARAP BERJALAN LANCAR


Sering berkongsi perihal ceritera cinta bersama peminat, membuatkan ramai pihak tidak sabar melihat pasangan sweet, Risteena Munim dan Isa Khan disatukan sebagai suami isteri. Malah ada yang tertanya bila ia akan dilangsungkan. Kini semua pertanyaan terjawab apabila pelakon wanita itu mengakui akan melangsungkan perkahwinan tahun ini dan masih di dalam fasa perbincangan mengenai perkara tersebut.





Risteena yang juga kakak kepada pelakon Ruhainies ketika dihubungi berkata, dia dan tunangnya itu bagaimanapun sedang dalam pertimbangan untuk menamatkan zaman bujang mereka kerana pandemik COVID-19. Tambah Risteena lagi, dia mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar dan urusan mereka dipermudahkan.

"Kami rancang berkahwin tahun ini tetapi buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang mengenainya. Tarikh pun terpaksa difikirkan semula kerana pandemik ini. Apa pun kalau ada berita baik selepas ini kami akan kongsikan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


"Doa-doakanlah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif selama ini," ujar pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, 'Playboy Itu Suami Aku' itu.

Terdahulu Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim, 31, pernah dikecam warganet gara-gara memuatnaik kisahnya yang disangka kena culik selepas hilang daripada radar tunang, Isa Khan, 27. Bagaimanapun pelakon drama Playboy Itu Suami Aku tidak tersinggung dengan kata-kata warganet kerana baginya, dia hanya berkongsi mengenai kehidupan sehariannya di platform media sosial sendiri.

"Saya hanya kongsi apa sahaja yang dilalui setiap hari. Lagipun itukan laman sosial peribadi saya, berkongsi kisah sendiri sahaja bukannya saya bercakap buruk fasal orang lain. Saya hanya mahu mengabadikan momen istimewa di laman sosial sendiri sahaja," kata Risteena sebelum ini yang bertunang dengan Isa pada 23 November lalu dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya.

Semoga urusan perkahwinan Risteena dan Isa berjalan seperti yang dirancang. Nanti bila sudah menjadi suami isteri, bolehlah bersweet-sweet lebih lagi. Heh!




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ristena Munim & Isa Khan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: