26 June 2020

"KITA PUN TAKUT..." - MIA AHMAD MASIH 'TUTUP PINTU', TAK IZIN SESIAPA MELAWAT CAHAYA MATA KEDUANYA


Memandangkan dunia kini berdepan dengan pandemik Covid-19, pelakon Mia Ahmad mengakui proses melahirkan cahaya mata kedua memberikan pengalaman dan cabaran yang berbeza. Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 32, antara cabaran yang dihadapi adalah apabila dia perlu melakukan ujian swab Covid-19 dalam keadaan sedang sarat mengandung.





Selain berasa bimbang untuk melakukan ujian tersebut, Mia juga memberitahu dia belum berani membenarkan sesiapa datang melawat bayi perempuannya yang masih dirahsiakan nama: "Antara cabaran melahirkan anak kedua ini... saya kena lakukan ujian swab Covid-19.

"Masa mula-mula nak kena lakukan ujian itu memang rasa takut tapi selepas dah selesai, rupa-rupanya sekejap sahaja dan tidak la seteruk yang saya bayangkan. Selain itu, susah juga bersalin waktu keadaan macam ni. Orang takut nak datang melawat kita dan kita pun takut nak ajak orang datang tengok," kata Mia.

Klik untuk gambar besar


Pada 19 Jun lalu, suami kepada Mia Ahmad iaitu Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan anak perempuan. Dalam pada itu, Mia turut berkongsi keadaan bayi perempuannya yang kerap bangun tengah malam menyebabkan dia tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.

"Alhamdulillah... dia sihat sahaja. Tapi biasa la baby masih nak menyesuaikan diri dan kita pun sama. Apabila dia bangun tengah malam, saya pun kena bangun. Ada ketikanya memang tak cukup tidur dan dalam masa yang sama nak kena jaga diri sendiri juga. Sekarang saya berpantang di Johor Bahru dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama 'Hati Perempuan' ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Sayf Issa pada 28 September 2018.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: