26 June 2020

TIARA JACQUELINA IMBAS KENANGAN ZAMAN REMAJA: "LEBIH KURANG SERATUS IKLAN... UNTUK TAMPUNG PEMBELAJARAN SAYA"


"Zaman batu ni! Di sini lah permulaannya, saya jadi model iklan Hazeline Snow pada usia 17 tahun, ada antara anda yang ingat iklan TV seorang perempuan berlari di tepi pantai dengan seekor kuda putih, dengan lagu latar belakang Time After Time?" kongsi penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina yang mengimbas kembali zaman awal kemunculannya di kaca televisyen dan media cetak menerusi iklan produk kecantikan.





Menurut Tiara, dia mula menjadi model iklan produk jenama Hazeline Snow pada usia 17 tahun. Tambah Tiara, selain iklan tersebut, dia turut menerima tawaran menjadi model untuk lebih kurang 100 iklan lain demi menampung kos pendidikannya ketika itu: "Selain iklan ini, saya telah terlibat dalam kira-kira 100 iklan TV dan media cetak untuk menampung kos pendidikan saya, saya juga ditawarkan berlakon untuk TV dan filem," tulisnya lagi.

Perkongsian Tiara itu menarik perhatian rata-rata pengikutnya yang masih mengingati iklan produk Hazeline Snow itu: "Ikonik! - "Saya harap dapat tengok iklan itu lagi. - "Masya-Allah! Itu Puan Sri rupanya!" tulis beberapa wargamaya.

Sekadar info, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Abdullah ini mula aktif dalam industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1988. Tiara berjaya melakar kejayaan dalam kerjayanya menerusi beberapa projek terkenal seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical dan banyak lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tiara Jacquelina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: