25 June 2020

KUALI NOORKHIRIAH DIKECAM BERKARAT: "ADA YANG SAKIT HATI KENAPA PULA?"


Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram memberitahu yang dia tidak menyangka kualinya menjadi perhatian netizen selepas dia memuatnaik video sedang menggoreng telur. Malah, ada yang turut mengecamnya kerana mendakwa kualinya kelihatan seperti tidak bersih. Pun begitu, Noorkhiriah tidak mendiamkan diri, malah tampil menjelaskan perkara sebenar.





"Kalau ikutkan malas nak layan komen-komen mengarut ni tapi kadang-kadang kena beritahu juga. Sampai bila nak kena pijak-pijak. Bukan tahap akak nak gaduh-gaduh dengan netizen dah tua dah. Cuma nak beritahu yang kuali berkerak tepi-tepi dia tu adalah karat besi bukan lendir. Mana yang rasa tak ada apa nak komen rasanya sabarkan diri, jangan komen apa-apa

"Video tu saja suka-suka hiburkan hati tapi ada yang sakit hati kenapa pula? Tayang kereta, rumah dan handbag kata riak. Padahal biarlah hasil usaha masing-masing,post kuali berkerak..malas katanya kalau rajin sangat marilah tolong garas," katanya.

Pelakon drama 'Nur' itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia menunjukkan kuali yang sama digunakan untuk memasak telur goreng sebelum ini. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata cuba menenangkannya supaya tidak mempedulikan netizen yang mengecamnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: