25 June 2020

ELMEDA ROSMILA AMBIL TINDAKAN BUKAN KERANA WANG, TAPI LEBIH PERTAHANKAN KEBENARAN


"Tujuan anak guam saya ambil tindakan bukan kerana wang tapi lebih kepada mempertahankan kebenaran di mana dia ditohmah," jelas peguam kepada pelakon Elmeda Rosmila iaitu Nasser Yusof dari Lacmof Lawyers mengenai tujuan anak guamnya itu.





Nasser turut berkata, jumlah tuntutan RM1 juta hanya formaliti dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. Sementara itu, Emelda mengakui sudah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta terhadap pelakon, Zarina Anjoulie.

Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 40, berkata, dia tidak terbabit langsung mengeluarkan fitnah terhadap Zarina melalui kumpulan Telegram Covid-19 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti didakwa.

"Kalau dia cuba nak ambil kesempatan atas sebab-sebab tertentu, saya rasa saya berhak pertahankan diri untuk tegakkan kebenaran. Saya tahu berkenaan kumpulan Telegram itu kerana ada terbaca mengenainya, tapi saya nafikan ada di dalamnya. Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa sepanjang pembabitan dalam industri seni. Ini adalah cabaran yang pertama kali saya kena lalui," katanya.

Emelda yang ditemani peguamnya, Nasser Yusof dari Lacmof Lawyers berkata, dia mempunyai bukti tidak pernah terbabit dalam kumpulan Telegram itu: "Ia bukan saya kerana saya tak pernah ganggu orang. Setiap perkara berkaitan seni, saya akan merujuk terus kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi dengan menghubunginya dan bukan menerusi WhatsApp atau atau Telegram. Saya pun tak pernah jumpa Zarina atau berkawan dengannya. Cuma, saya tahulah dia juga pelakon," katanya.

Emelda berkata, dia tidak tahu apa yang diinginkan Zarina dalam situasi sekarang, namun terpaksa bertindak apabila pelakon itu terus menohmahnya dengan pelbagai isu: "Rasanya ini masa yang tepat untuk saya ambil tindakan terhadap perbuatannya yang menjejaskan reputasi saya.

"Dia yang mula failkan saman dan apabila berbincang dengan peguam, barulah tindakan ini diambil. Saya saman semula atas perkara yang dia malukan saya antaranya kata saya batu api dan pelbagai lagi," tuturnya.

Mengulas komen netizen yang lebih memihak kepada Zarina dan mengecamnya, Emelda berkata, dia tidak terkesan langsung dengan perkara ini: "Saya tak terjejas langsung kerana ini perkara kecil. Saya sudah jadi artis hampir 20 tahun, jadi ada sedikit kekebalan di situ.

"Saya tak boleh tutup mulut orang nak bercakap, tapi benda ini tak mengganggu saya pun samada sebagai individu atau pelakon. Ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri," ujar isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlee ini.

Ditanya sekiranya pihak Zarina mahu berbincang untuk penyelesaian kes, Nasser berkata, ia perlu melalui mahkamah: "Kalau ada apa-apa cadangan penyelesaian daripada pihak plaintif, kami sedia untuk pertimbangkan. Buat masa ini, arahan anak guam saya ialah teruskan kes dan saya akur," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: