25 June 2020

LISDAWATI ENGGAN ULAS VIDEO LUCAH MIRIP FAUZI: "ABANG MEMANG JADI MANGSA ORANG DENGKI"


"Saya tak nak ulas sebab abang dah beri ulasan. Tak baik sebarkan cerita aib orang. Abang memang jadi mangsa orang yang mendengki, saya hanya serah pada yang berkuasa," demikian kata pelakon Lisdawati yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai video lucah mirip suaminya, Fauzi Nawawi dengan aksi melakukan onani yang tular sejak beberapa hari lalu.





Menurut Lisdawati, apa yang pasti suaminya telah menjadi mangsa pihak yang mempunyai hasad dengki. Untuk makluman, Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi turut mempunyai 4 orang anak lagi hasil dari perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, Lisdawati mengakui sebagai seorang manusia dia juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Lisdawati memuatnaik entri terbaharu itu menerusi akaun Instagramnya seolah-olah membuat luahan hati kepada pengikutnya. Menurut Lisda, tidak perlu mencari kesalahan orang lain melainkan taubat kepada kepada Allah, perbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih baik.

"Sebagai hambanya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu di sebarkan. Andai aku mati esok hari, aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yang tak lepas buat salah. Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua," tulisnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lisdawati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: