15 June 2020

KURANG MUNCUL DI TV, INI JAWAB NAQIU: "HABIS GV TAK ADA REHAT, PKP SAYA BERCUTI PANJANG... SIBUK DI STUDIO"


Selepas bergelar juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tahun lalu, Naqiu dikatakan tidak menyerlah. Vokalis kumpulan Boboy itu bagaimanapun tampil menjelaskan perjalanan kariernya selepas menyertai pertandingan tersebut, dia mula sibuk dengan kerja belakang tabir sebaik sahaja tamat GV6 malah langsung tidak dapat berehat mahupun bercuti.





"Sebenarnya habis daripada GV tu saya tak ada rehat pun. Hikmahnya, sebab PKP tu dapatlah saya bercuti sebulan. Dari hari pertama selepas tamatnya GV sehingga hari pertama pelaksanaan PKP, memang saya bekerja sahaja," kata Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 34.

Walaupun tidak menafikan kelibatnya di kaca televisyen jarang kelihatan, Naqiu menjelaskan dia kerap berada di studio untuk merakamkan single terbaharunya serta terlibat dalam promosi single tersebut. Tambahnya, dia juga terlibat dengan penggambaran sebuah filem di samping menyiapkan lagu untuk penyanyi Sham Visa.

Klik untuk gambar besar


"Ada orang cakap mereka tak nampak saya muncul di TV atau di radio, salah satu sebabnya ialah selepas sahaja GV tamat, saya sibuk di studio untuk rekod lagu-lagu baru saya. Selesai sahaja rakaman serta promosi lagu-lagu saya, saya terus masuk semula ke studio untuk siapkan lagu untuk Sham Visa sementara turut sibuk dengan penggambaran filem," ujarnya.

Naqiu dan Hady Mirza diumum sebagai juara program Gegar Vaganza musim keenam pada tahun lalu. GV6 juga menyaksikan penyanyi Jatt Ali di tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Naqiu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: