15 June 2020

FAEZAH ELAI TAK KISAH KURANG KAWAN: "LESS FRIENDS LESS BULLSHIT AND DRAMA..."


Pelakon Faezah Elai baru-baru ini telah memuatnaik foto bersama kawan di zaman sekolahnya menerusi laman Instagram miliknya. Melihat pada bahagian kapsyennya pula, Faezah mengakui tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dengan pertelingkahan yang mungkin timbul antara rakan-rakan.





Faezah berkata rakan-rakannya hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang dikenali sejak di bangku sekolah namun persahabatan itu memberi makna besar baginya: "Dah lama kita tak berjumpa. BFF 'gila-gila' saya sejak sekolah. Saya rapat dengan beberapa orang saja... tapi yang sikit tu la paling bermakna untuk saya. Less friends less bullshit and drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah," katanya.

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan rakan-rakannya yang berlainan bangsa digelar 'geng masyarakat majmuk' ketika masih bersekolah. Pelakon drama 'Setelah Cinta Itu Pergi' ini menyatakan dia seronok dapat bertemu dengan rakannya dan tidak sabar untuk meluangkan masa bersama di masa akan datang.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya ada seorang lagi, berbangsa Cina. Mereka panggil kami ni geng masyarakat majmuk... Melayu, India dan Cina. Dah lama tak jumpa tapi bila dapat jumpa tu, masa pula mencemburui... Dua-dua nak bercakap. Seronok dapat jumpa awak. Jom kita cari satu hari untuk lepak bersama dengan Eileen. Bila kita bertiga mula bercakap, siapa agaknya yang akan dengar?" ujarnya.

Mengimbau kenangan zaman persekolahan, Faezah sempat membandingkan waktu dia masih memakai pakaian sekolah dan kini dia pula perlu menghantar anak-anak ke sekolah. Isteri kepada pengarah terkenal Heykal Hanifah itu berkata dia seperti tidak percaya persahabatan mereka sudah mencecah 22 tahun.

"Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam dua tiga hari lepas baru pakai baju sekolah, sekarang ni hantar anak-anak pula ke sekolah. Rasa macam mimpi pula," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Faezah Elai


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: