15 June 2020

DARI YOUTUBER, KINI SYAHMI SAZLI MELANGKAH KE DUNIA FILEM


"Sedikit kejayaan yang saya kecapi sekarang ini bukan 100 disebabkan kepandaian, bakat atau usaha, tapi boleh jadi sebab doa daripada orang yang mengenali saya, doa dari 'followers'.

"Jadi, saya nak minta sahabat followers doa untuk kejayaan Mael Totey The Movie yang akan mulakan penggambaran pada 12 Julai ini.





"Insya-Allah, apabila kita berdoa untuk orang lain, malaikat akan turut berdoa dengan doa yang sama untuk awak," ujar Youtuber popular, Syahmi Sazli kini sudah bersedia mengarahkan filem sulungnya itu.

Perkembangan terkininya itu turut mendapat pujian beberapa artis dan penggiat seni kita antaranya ialah Angah Raja Lawak dan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, baru-baru ini filem Syif Malam Raya arahan Razak, yang turut dibintangi oleh mereka bertiga telah berjaya mencatat kutipan lebih RM3 juta. Filem tersebut yang disiarkan menerusi saluran Astro First mendapat sambutan hangat penonton tambah-tambah ketika arahan PKP dilaksanakan seluruh negara.

Tahniah diucapkan!



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: