15 June 2020

PUTUS SALUR DARAH - VOKALIS PUTERA BAND, HAZIQ KINI DAH BOLEH BERJALAN


"Sehingga sekarang, saya hanya mampu mengucapkan alhamdulillah apabila melihat Haziq semakin sembuh.

"Tidak dinafikan dia masih rasa sakit-sakit dan jalan pun tak lagi normal seperti dulu.





"Namun, saya bersyukur kerana kaki selamat dan dia tak perlu menggunakan kaki palsu," ujar penyanyi Linda Ishak, 41, bekas anggota kumpulan dangdut Eva, yang melahirkan kesyukuran kerana anak sulungnya, Haziq, 20, yang terbabit dalam kemalangan jalanraya sudah boleh berjalan semula.

Apa yang melegakan, kaki kanan Haziq dapat diselamatkan dan tidak jadi dipotong seperti saranan doktor bagi menyelamatkan nyawanya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, Haziq yang merupakan vokalis Putera Band, ditimpa kemalangan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Pada 5 Julai 2019 yang mengakibatkan salur darah putus.

"Sekarang Haziq menjalani proses rawatan secara berkala di Pusat Rawatan Hyperbaric. "Dia sendiri tak sangka yang kakinya boleh pulih. Haziq yang kini bersama FMC, dalam proses menghasilkan single terbaru.

"Peminat tetap setia meminatinya. Mereka rindukan dia dan tak sabar nak dengar lagu terbarunya," katanya yang pernah memohon bantuan kewangan lebih RM30,000 daripada pelbagai pihak untuk menjalani 10 sesi kaedah rawatan anaknya itu di rumah.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: