15 June 2020

HAMIL LAGI - MAWAR RASHID ALAMI ALAHAN, LOYA TERUK


"Alhamdullilah, syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga, kali ini alahan teruk sedikit.

"Itu sebabnya saya kurang aktif di laman sosial. Ramai buat permintaan saya buat Barbie Challenge tapi tak larat. Minta maaf semuanya.

"Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat hilang. Loya teruk kali ini," kongsi pelakon Mawar Rashid, 25, yang kini hamil anak kedua.





Kehamilannya itu dikongsikan melalui Instagram menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya. Tulisnya, kehamilan kali ini agak mencabar dan dia mengakui memberi kesan kepada stamina dirinya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac 2019.

Selain itu, dia juga mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan suami dengan bekas isteri.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: