15 June 2020
AKUI DISANTAU, DISIHIR - SAFIEY ILLIAS ALAMI 'BIPOLAR DISORDER'
"Sayang mak dan ayah . Semoga mak dan ayah saya sentiasa sehat dn mendapat redha Allah . Terima kasih mak dan ayah sebab sentiasa ada waktu susah dan senang. Sewaktu saya depresi, bertarung dengan bipolar disorder, mak dan ayah puas hantar berubat sana sini. Ingat lagi jam 3 pagi terbangun tido, mak tengah baca yaasin. Baru lepas solat hajat dan tahajud. Bagi saya minum mengharapkan saya sihat. Boleh bisnes mcm biasa," kongsi Safiey Illias.
Tambahnya, selama enam bulan dia jadi macam orang gila dan blur. Malah katanya mandi pun tak mahu. Makan ikut mood. Tidur tak menentu. Ada kala mood happy, ada kala mood boleh jadi marah-marah dan tiba-tiba sedih.
"Saya jadi lara. Saya jadi lain sangat2. Anti sosial. Takut jumpa orang. Tak ada keghairan pada apa jua aktiviti.
"Lama saya sturggle nak cari diri saya yang dulu, nak cari happy yg dulu. Ditimbun dengan pelbagai masalah dan beban serta pengkhianatan.
Klik untuk gambar besar
"Hari2 mak ayah doa, harap cepat sihat. Boleh bisnes balik. Belum campur dengan segala unsur santau dan sihir. Macam2 lah saya hadap," tulisnya.
"Sampai bila dibelenggu depresi ini. Tak akan hari2 fikir bila Izrael nak datang menjemput mati. Masa tu memang dah tak ada harapan. Nak bahagia mahupun berjaya. Mereka, terus tertawakan saya.
"Sabarlah, esok pasti akan ada pelangi muncul. Bukanlah sekadar mengharap Izrael bertanya khabar. Doakan saya sihat dan boleh bisnes semula! Amin!" tambahnya yang bersyukur dengan usaha tanpa jemu ibu bapanya, dia akhirnya makin pulih dan terus mahu bangkit kembali.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment