10 June 2020

MAMAT SEPAH MERENDAH DIRI, BANGGA PUNYA ISTERI CANTIK & SPORTING


"Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikir kan nape la laki dia macam ni, mesti dia tak pernah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya...

"Yela sekeliling kat tempat keje dia sume orang yang smart dan berdisplin, balik je umah jumpe laki rambut macam orang kat lokap, kadang yang kat lokap tu lagi smart dari laki dia...





"Dia kena terima hakikat kawin degan rockers sejati... sape suruh awak terima pinangan saya dulu????... padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak menjanjikan ape2... yang penting???? Tolong sambung," kongsi Mamat Sepah seolah merendah diri apabila mendapat isteri yang sporting, cantik dan sanggup menerima dirinya seadanya.

Untuk rekod, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkahwin pada 1 Mac lalu dengan Nordiana, iaitu seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Jaga-jaga Mat, jangan sampai isteri sendiri yang tangkap masuk lokap! Heh. 😜😂

Klik untuk gambar besar








         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: