09 June 2020

FITRI HARIS: "HAMPIR SETENGAH TAHUN AKU TIDAK AKAN DAPAT BERSUA MUKA DENGAN ANAKKU DI SINGAPURA"


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, penyanyi nasyid, Fitri Haris telah meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu anak perempuannya untuk tempoh hampir setengah tahun selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksana sehingga Ogos depan. Menurut Fitri, anak perempuannya yang kini menetap di Singapura bersama bekas isteri.





"PKPP sehingga 31 Ogos 2020. Alhamdulillah ramai yang menyambut dengan penuh rasa gembira. Syukur Alhamdulillah. Tapi.. tidak sepenuhnya buat diriku. Tidak dapat melepasi sempadan bermakana 18 Mac- 31 Ogos, hampir setengah tahun aku tidak akan dapat bersua muka dengan anakku yang dikasihi di Singapura," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, kata Fitri, situasi yang perlu dilalui kini menjadikan dirinya seorang yang lebih menghargai akan sesuatu perkara: "Hanya doa dapatku kirimkan dan teknologi penghubung rasa rindu. Banyak yang dapatku pelajari terutama erti menghargai dan bersyukur selagi ada.

Klik untuk gambar besar


"Moga Allah memberi keringanan terhadap ujian ini. Semoga kita semua dijauhkan daripada segala bala bencana amin. Sofea.. abi rindu," tulis Fitri lagi yang sebelum ini iaitu pada Mac lalu, pernah meluahkan rasa gusar apabila terpaksa melepaskan anak perempuannya menaiki kapal terbang seorang diri buat pertama kali.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini dikurniakan seorang anak Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura. Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua itu kini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya sendiri, Fazilah Omar pada tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: