07 June 2020

MAWAR RASHID NAFI SOKONG 'LATHI CHALLENGE', TAPI TONJOL KREATIVITI SOLEKAN


Dek kerana melakukan cabaran #lathichallenge dalam laman sosial, pelakon Mawar Rashid didakwa menyokong aktiviti pemujaan. Bagaimanapun, Mawar tampil menjelaskan tujuannya melakukan perkara tersebut hanya untuk menonjolkan kreativiti dalam solekan, bukan seperti yang didakwa.





Akur dengan sensitiviti masyarakat, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dengan rendah hati memohon maaf jika perbuatannya menyinggung perasaan mana-mana pihak: "Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dalam laman sosial pasti tahu saya selalu melakukan tutorial solekan. Cabaran melakukan #latihichallenge ini juga adalah salah satu cara menonjolkan kreativiti.

"Lagipun, ini atas permintaan pengikut yang mahu melihat saya tampil dengan video sebegini. Sebelum ini, saya banyak membuat video untuk tatapan mereka. Sebagai penjual kosmetik, cabaran ini juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk saya.

"Namun, saya sedar, tak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Mungkin apa yang saya rasa okay, tidak kena pada hati mereka. Jika ada yang terasa hati, saya minta maaf. Saya buat cabaran itu sekadar suka-suka dan menghiburkan pengikut laman sosial," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, isteri kepada Raf Yaakob ini memuat naik video yang memaparkan dirinya beraksi dalam tarian Lathi Challenge. Ia mendapat sambutan apabila meraih jumlah tontonan lebih sejuta. Kesal dengan kecaman tidak berasas, Mawar meminta semua pihak tidak pukul sama rata dengan mendakwa mereka yang melakukan cabaran #lathichallenge sebagai jahil dalam agama.

"Siapalah kita mahu menghukum orang lain. Mungkin orang yang kita hakimi itu jauh lebih beragama. Dalam hal ini semuanya bergantung pada niat. Apa yang saya tahu kebanyakan stokis produk, mereka memuat naik video cabaran ini untuk mempromosikan produk. Bukan untuk pemujaan seperti yang digembar-gemburkan," tegas pelakon berusia 25 tahun ini.

Sebelum ini, penyanyi Faizal tahir menerusi perkongsiannya menyelar tindakan mereka yang melakukan cabaran #lathichallenge dan menyifatkannya sebagai jahil agama dan perbuatan sia-sia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Mawar Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: