26 June 2020

MIMI LANA KONGSI FOTO BERHIJAB - NETIZEN PUJI CANTIK, MACAM ERRA FAZIRA


Pelakon Mimi Lana baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik sekeping foto dirinya berhijab dan ia telah mencuri tumpuan wargamaya apabila dikatakan mirip primadona filem melayu, Erra Fazira.





Menerusi laman sosial Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 26, berkongsi foto tersebut untuk tontonan umum. “Setiap benda yang dilakukan sewaktu kita susah pastinya akan memberikan hikmah pada masa akan datang. Semoga hari anda semua baik-baik sahaja,” tulis Mimi sebagai kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Mimi memakai tudung berwarna kelabu lengkap dengan jaket kulit hitam. Difahamkan, Mimi mengenakan tudung daripada The Knot Scarves yang merupakan jenama miliknya. Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 54,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Klik untuk gambar besar


Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memuji penampilan sopan pelakon itu: "Cantiknya kakak Mimi Lana bertudung," komen seorang wargamaya. - "Eh Mimi Lana macam Erra Fazira lah!" kata seorang wargamaya.

"Suka sangat dengan Mimi! Cantik dan humble," puji seorang wargamaya. - "Mirip betul dengan Erra Fazira gitu," ujar seorang wargamaya. - "Jika Syafiq Kyle tiada di sini untuk melindungi hati awak, sayalah yang akan menggantikannya," luah seorang wargamaya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mimi Lana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: