26 June 2020

AMYZA AZNAN KOMEN ISU SAMAN: "SAYA BERSEDIA TERIMA DOKUMEN DARI PEGUAM YANG MEWAKILI ZARINA ANJOULIE"


Nampaknya isu 'perang' saman antara bekas pelakon Zarina Anjoulie Lavocah dengan dua orang pelakon iaitu Emelda Rosmila dan Amyza Aznan masih lagi berlarutan. Sebelum ini Zarina melalui peguamnya telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda dan Amyza yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda.





Amyza dikatakan berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan Amyza gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan. Terkini, Emelda pula menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.

Amyza yang berjaya dihibungi itu buat pertama kalinya bersuara sejak kes saman ini dan berkata yang dia bersedia memberi kenyataan: "Berdasarkan nasihat yang diterima dan informasi yang baru saya ketahui melalui sebaran media pada hari semalam (25 Jun).

Klik untuk gambar besar


"Maka saya bersedia untuk menerima dokumen dari peguam yang mewakili Zarina Anjoulie iaitu Nurul Hafidzah. Saya mohon Nurul Hafidzah hadir ke bangunan Astro di Bukit Jalil pada hari Isnin, 29 Jun 2020, pukul 4:00 petang untuk menyerahkan dokumen tersebut," kata Amyza.

Untuk makluman, isu 'perang' antara Zarina dan beberapa artis lain bermula apabila terdapat pihak yang meminta cadangan daripada kerajaan untuk memberi bantuan kepada penggiat seni.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: